(EDISI 769)
MUTIARA IMAN:
GOPOH-GAPAH SIFAT SYAITAN
عن سهل بن سعد رضى الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : العجلة من الشيطان
( رواه الترمذى)
Daripada Sahl Bin Sa’ad RA, Rasulullah SAW bersabda : “ Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan.”
(Riwayat Tirmizi)
( رواه الترمذى)
Daripada Sahl Bin Sa’ad RA, Rasulullah SAW bersabda : “ Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan.”
(Riwayat Tirmizi)
Ulasan Hadis:
1. Melalui hadis ini Nabi SAW menjelaskan kepada kita bahawa sikap gopoh gapah atau tergesa-gesa, terburu-buru adalah daripada sifat syaitan.
2. Sifat bergopoh-gapah adalah sifat yang buruk, sikap ini berlaku apabila seseorang itu berada dalam beberapa keadaan, iaitu tidak sabar, tamak, tidak mahu berfikir panjang, menanguh kerja dan bertindak kerana mengikut nafsu.
3. Orang yang memiliki sikap ini kebiasaannya mereka yang tiada ketenangan dalam diri. Dan sifat ini berlawanan dengan sifat orang yang bertenang dalam melakukan sesuatu urusan, mereka ini bertindak setelah berfikir dan mengkaji terlebih dahulu malah memikirkan akibat baik dan buruk sesuatu perkara atau tindakannya.
4. Sikap gopoh gapah akan melahirkan penyesalan di kemudian hari. Berkata Syeikh Muhammad Soleh Al Uthmaimin : Sifat tenang yakni tidak bergopoh –gapah dalam semua urusan, betapa ramai manusia yang binasa dan tersilap langkah dengan sebab gopoh-gapah dalam urusan hidup mereka. Sama ada memindahkan berita, menghukum apa yang di dengar atau berita lain-lain.
5. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang.” ( Riwayat Muslim).
6. Justeru itu, kita hendaklah sentiasa bersikap tenang dan berusaha mendidik diri agar tidak besikap tergesa-gesa, jangan terlalu cepat mengambil keputusan atau bertindak sehinggalah kita meneliti dan mempelajari terlebih dahulu sesuatu perkara. WALLAHU’ALAM
No comments:
Post a Comment